Andai Kau Sahabatku Sampai Syurga

Pagi semua.... :') hari ni bangun awal2 pagi niat nak study , isi perut boyot kasi senyum dulu , ambik earfon sumbat kat telinga , bukak lappy , ingat nak tengok video chemistry , tapi wargh ! mc bukak fb sudahhhhh , huhu. Tetiba terbaca satu status " Sahabat Ke Syurga "
pahtu dengar plak lagu sedih , woowooo, sebak rasa. So , mc nak buat entry pasal sahabat jugak , sebab pagi ni betul2 buat mc rase sangat rindu semua kawan mc.

.................................

Betullah kalau ada yang cakap susah nak cari sahabat , tapi cari kawan sangat senang . Tapi bagi mc kalau kita mampu menjaga hati kawan kita , kita akan dapat dia sebagai sahabat kita . Betullah kalau ada yang cakap nak berkawan kena pilih yang betul, tapi bagi mc' kawan lah dengan sapa saja , kalau kita mampu bawa dia ke jalan Allah , maka dia lah sahabat kita. Kalau kita memilih untuk berkawan , fikir sejenak, kita sudah sempurna ? semua orang nak ke berkawan dengan kita ? semua orang suka kita ? kenapa kita kena pilih kalau kita pun tak sempurna ? sebab nak dia bawak kita ke jalan yang betul kan ? habis tu , kalau dia boleh bawa kita ke jalan yang salah , kenapa bukan kita yang bawa dia ke jalan yang betul ?
mc pun bukan lah sahabat yang dicari , atau yang patut dipilih , mc seorang kawan yang hanya sentiasa melakukan kesalahan dan melukai hati kawan2 mc.
bila mc ingat balik , mc rasa mcm mc dah banyak sangat buat mc terasa hati dengan mc.pffft....
............

mc' rasa mc' dapat ramai sahabat tapi mc xpernah menghargai mereka , sejak dari sekolah rendah.maklumlah , budak2 selalu saja bergaduh , mc dulu ada geng masa sekolah rendah, (woww , geng kauuu) , huhu , ayah mc kan orang kuat kat kampung tu, suka hatilahh nak buat apa pun(pemikiran kanak2 yang langggsung tak matang) , huhu , bila dah besar rasa sangat bersalah dengan dia, mc ingat lagi mc pernah tolak dia , sampai jatuh , depan lab , dah lama tapi masih ingat kan ? mmg la , bila buat salah mmg selalu akan ingat .  huhu, tapi dia dah pindah dari kampung tu dan tak tahu dah macam mana cara nak mintak maaf balik kat dia ,  masuk darjah 6 , mc terpaksa pindah ke sekolah baru sebab mc' dah berpindah juga , hmm , sekolah ni kat bandar , senang sangat mc nak sesuaikan diri kat sini sebab semuanya peramah , mc ingat lagi masa mc sakit , ada beberapa orang sahabat ni , dia susun kerusi , dan selimutkan mc, mc lupa dia selimutkan dengan apa tapi mmg dia pernah buat mcm tu . huhu , ye, mc takkan dapat lupakan semua tu , walaupun baru je kenal , tapi diorang buat mc rasa sangat dihargai . :'D sahabat..sahabat... masih lagi mc ingat masa UPSR , mc tak sempat jawab soalan matematik sampai habis , keluar je dari dewan , mc nangis , malu nya bila ingat balik, tapi mereka lah yang menenangkan mc masa tu , yaaa, merekalah , sahabat ku , bila tiba masa hari pengumuman keputusan UPSR , huhu mereka lah sahabat yang menenangkan mc . dan DIA lah orang pertama yang tahu keputusan mc.dia lah juga yang bagi taw mc yang mc dah pun dapat 5A . Alhamdulillah. :') tapi selepas hari keputusan UPSR diumumkan itulah hari terakhir pertemuan kami(seingat mc) , huhu, mc tak pernah join reunion diorang , mc mintak maaf , bukan taknak tapi mc tak dapat nak join.
nak selit sikit yang mc xdapat nak lupa , masa sekolah rendah , ada jugak sorang yang minat mc' , mc' tahu , kalau orang tu ingat mesti rasa malu n pikir , ''lahhaaai bodo nya la masa kecik2 dulu, kat dia ni pun aku nak'', haha ! then , ada lagi sorang ni , dia cakap muka mc macam Alia yang dalam sinetron bawang putih , bawang merah.haha , lawak...lawak... *** berdiri depan cermin tengok , perghhhh macam minah senget,boleh plak dia cakap macam tu.haha

....................

bila masuk form 1 , mc dapat masuk SMK Zainab 1 , kat sekolah ni lagi sadisss, mc langsung xdapat contact diorang. huhu, sebab mc' sekolah situ hanya sebulan. ***teruk perangai kau mc.
bila pindah ke MRSM Gerik , kat sini mc jumpa ramai sahabat , masa kat MRSM Gerik lah bermula kisah hidup mc yang penuh dengan dugaan , masalah yang tak pernah putus , namun , sahabat ku , dia lah tempat mc menangis luahkan perasaan , TERIMA KASIH SAHABAT, banyak cerita yang mc tak dapt lupakan . namun masih ada satu yang sangat2 mc tak boleh lupakan , saat mc difitnah dan semua orang mula untuk membenci mc ,
'' satu pagi , selepas balik dari surau , mc terus menuju ke dewan selera untuk sarapan dengan kawan2 mc' , semasa dalam perjalanan , sekumpulan pelajar dah mula bercakap2, dan pandang2 kitorang, masa tu mmg mc xpaham kenapa, bila sampai kat dewan selera , kitorang duduk , makan , ada sekumpulan pelajar lagi yang datang and duduk makan sebelah mc dan kawan2 mc, masa mc dengar diorang cakap , kuat , tapi mc masih tak paham , mc masih ingat apa yang diorang cakap "muka baik, tapi perangai buruk ! ni lah , aku rasa orang kelantan semua baik, tapi dia perangai buruk !" masa tu mc mmg terfikir , siapa yang diorang maksud kan , bila siap je makan , mc balik bilik untuk kemas bilik and ambik beg nak g kelas , dalam perjalanan, ada seorang lagi cakap bila lalu sebelah mc, ''muka suci tapi hati busuk'', ye aku masih ingat ayat tu , selepas budak tu pergi , kawan dia datang jumpa mc dan cerita perkara sebenar , :'( ye , perkara sebenar . terus mc rase lemah , sebab cerita tu memang sampai kepada beberapa orang cikgu kat situ . sebelum mc masuk kelas , mc ada morning call(perhimpunan setiap pagi) , itulah peraturan MRSM Gerik , dan masa tu buat mc xdapat tahan airmata mc, sebab semua orang sekeliling mc , bercerita pasal mc walaupun dia tahu mc ada kat situ. Ya Allah , sangat sedih ! tapi masih ada sahabat yang ada untuk mc , diorang lah yang menyokong mc , namun masa tu hanya pada Allah lah mc luah dan cerita semua , masa tu mc rasa mc lah orang yang akan keluar lambat daari surau , Ya Allah , masa susah baru nak ingat , :"( tapi masa tu , sahabat mc datang and cakap , mc doa lah , masih ada yang menyokong mc , hmmm , and dia sempat jugak bergurau, doalah biar semua kawan2 mc dapat 8A , doa orang yang teraniaya biasanya akn termakbul, huhu , and mc' terus berdoa sebab masa tu , tahun kitorang kena amik PMR , mc berdoa macam tu bukan sebab dia suruh tapi , sebab mc sayang diorang yang masih ada saat  mc susah. dan tak lama , semua nya terbongkar and semua tahu perkara yang sebenar , dan yang mana cakap2 buruk, ada yang datang mintak maaf , and masa tu tak tahu kenapa baik sangat , yang mc mampu cakap. mc tak pernah ambik hati apa yang diorang cakap, and tak pernah rasa nak benci diorang, 'wahhh bajet baik nya kau mc.....' huhu, tapi tak tahu kenapa , masa tu mmg rase mcm tu, mungkin sbb Allah dengar luhan hati and tenang kan hati mc. semua kuasa Allah. ''TERIMA KASIH SAHABAT.TERIMA KASIH YA ALLAH.dan semua kawan2 mc dan mc juga dapat 8A. Alhamdulillah :)

.........................

masuk form 4 mc' pindah ke MRSM Pengkalan Chepa , Alhamdulillah , and ada antara sahabat mc yang juga dapat sambung kat sini . dan kami berkawan sampai lah sekarang.kat MRSM PC juga , bergaduh , bergurau , pergi bercuti bersama dgn family mc . macam2 , paling diingati birthday prank...haha !
semua nya dah semakin besar dan terpisah , pernah juga mc ada masalah keluarga dan merekalah yang datang dan menenangkan mc.mc tak pernah bimbang untk cerita masalah mc kat diorng sebab mc tahu diorang jujur , dan sampai sekarang mc rase diorang tak pernah buka cerita mc kat orang lain.semua berusaha bersama untuk dapat keputusan SPM cemerlang , belajar bersama and saling berkongsi , and akhirnya semua dapat keputusan cemerlang , and masa ni mc rase walaupun keputusan mc xde lah dapat straight A ,cuma 8A tapi mc bersyukur ,sebab semua nya kawan mc dapat keputusan cemerlang and dapat sambung ke U dan matrik.

...........

selepas habis SPM, mc sambung ke matrik , huhu, kenapa bukan U, kenapa ?kenapa? kenapa?
takpelah rezeki mc kat matrik, so , just go on babe ! kat sini mc jumpa macam jenis orang, sebab semua dah meningkat usia kan, so, semua jenis perangai ada namun masih jadi kawan laa babe, haha! hmm, kat sini mc selalu dengan beberapa kawan mc' yang mc memang rapat dengan diorang , waaa, one more birthday prank , habis basah mc'.huhu, such a beautiful memory with them . and now semua dah pun ke U yang lain2 .

..........

and now im in UPM , and masih mencari sahabat yang mampu membimbing ku ke jalan yang benar.Masih berusaha untuk mencari identiti diri dan redha Allah.dan sekarang sebenarnya mc ada kawan tapi dah agak renggang disebabkan satu peristiwa yang mungkin saling menyalahkan diri masing2 , :') mc harap kitorang akan balik baik bila tiba masa nanti .

......................................................................................................................
Untuk semua sahabatku ,

Sahabatku , aku hanya memerlukan keikhlasan mu dalam bersahabat , aku cuba membantu mu saat kau memerlukan aku, aku cuba menghulurkan bahuku saat kau bersedih , aku cuba untuk tidak mencari alasan saat kau memerlukan bantuan ku, aku tak pernah berkira andai aku pernah membantu mu, aku memohon maaf andai aku tak pernah membantu saat kau memerlukan aku.
aku ingin memohon keampunan untuk segala dosa dan kesalahan yang telah aku lakukan sepanjang kita menjalani ukhuwah.
Kita dipertemukan oleh Allah juga dipisahkan olehNya. Maaf, kerana aku gagal menjadi sahabat yang baik untukmu. Maaf kerana mejadi sahabat yang pernah menitiskan airmata mu. Maaf kerana pernah menyinggung perasaamu.
Maaf andai diriku pernah membuatmu kurang selesa dengan sikapku .Maaf andai kata engkau pernah terganggu dengan kekhilafanku. Maaf, jika aku tidak mampu menjadi yang pertama bila engkau memerlukan seseorang disampingmu. Maaf juga ku pinta kerana aku tidak mampu menjadi sahabat yang sempurna dan baik untukmu. Aku Cuma seorang sahabat yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan yang seringkali tidak ku sedari. Sekali lagi, maaf sahabatku.
Mungkin ada kekurangan dan kesilapanku yang tidak aku sedari walaupun telah sedaya upaya ku cari dan itu mungkn telah mengguris hatimu. Setulus hati, aku mohon keampunan, kerana pernah membuatmu terjaga dari tidurmu disebabkan oleh khilafku. Maaf sahabatku, kerana aku tidak mampu menjadi penyebab kau tersenyum dan tertawa.

 Terima kasih sangat sebab telah menjadi sahabat yang terbaik buat aku. Terima kasih sebab pernah sudi mendengar ceritaku, rintihanku, dan tangisanku. Terima kasih kerana pernah berkongsi segala kesenangan dan kesusahan denganku. I knew the meaning of ukhuwah when I was with you. Namun, maaf jika kau merasakan yang sebaliknya sepanjang mengenaliku. Terima kasih kerana pernah sudi meminjamkan bahu dan pelukan ketika airmataku tidak tertahan. Luhur budimu tidak akan aku lupakan sahabat!
Semoga setiap langkah yang terbuka akan membawamu ke jalan Redhanya Allah. Allah menetapkan untuk menemukan dan kemudian memisahkan kita.
Sepanjang kita bersama, terlalu banyak yang telah kau korbankan dan banyak juga kau membantuku. Allah sangat menyayangi orang yang paling banyak berguna pada orang lain. Dan ku kira,, itu adalah engkau yang dimaksudkan. Maaf jika aku bukan seperti itu. Maaf kerana sering menyusahkan. Semoga Allah akan terus mencintaimu. Atas kebaikan dan keihklasamu.
Sahabat, maaf andai aku pernah membuatmu kesal mengenaliku, tapi bagi ku, tidak ada rasa itu walau sedikit, sebalikya aku teramat bersyukur kerana pernah diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian dari cerita hidupmu. Akhir sekali,
Semoga Allah melimpahkan keceriaan dan kejayaan dalam hidupmu sahabatku.
Jika satu saat nanti, kau memerlukan seseorang untuk mendengar, jangan segan silu tuk mencari ku.  Semoga Allah akan terus menerus merahmatimu SAHABATKU.
Sesungguhnya, aku selalu alpa. Semoga Allah membalas setiap kebaikanmu dengan kebaikan yang lebih baik untukmu.
Kini, aku sedang berusaha untuk mencari diriku sendiri dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. Wahai sahabat, ku mohon agar engkau sudi untuk memafkan segala kesilapan yang telah ku lakukan dalam sedar dan tidak ku. 
Tika airmatamu mengalir lagi, jangan tahan, biarkan ia menitis jatuh ke bumi, tapi tolong, jangan lupa untuk menyekanya dan tersenyum kembali. Apabila suatu saat kau rasa ingin rebah, maka duduklah, tapi tolong, jangan lupa untuk bangkit kembali. Aku akan terus menyokongmu dalam diam, dari jarak ini.

#panjang nya wahai entry , isi penting hanya dibawah.haha, jangan marah....

No comments:

Post a Comment