Ayat al-Quran hilang


PASIR PUTEH - Beberapa hari lalu warga sekolah agama Maahad Saniah di sini, gempar dengan cerita ayat al-Quran hilang beberapa muka surat yang disedari pelajar sekolah berkenaan.

Berikutan itu, pihak pengurusan Maahad Saniah meminta pelbagai pihak tidak memperbesarkan cerita mengenainya kerana tidak pasti sama ada ia benar-benar lesap atau kesilapan percetakan.

Pengetuanya, Rusli Ariffin berkata, pihaknya sudah menyimpan satu naskhah al-Quran milik surau sekolah itu dan satu naskhah al-Quran bersaiz kecil milik seorang pelajar tingkatan tiga.

“Saya ada tengok al-Quran tersebut tapi saya tidak pasti dan sukar untuk saya tentukan sama ada ia silap cetak atau memang betul ia hilang,” katanya ketika ditemui di sekolah berkenaan semalam.

Menurutnya, penyebaran mengenai berita kehilangan ayat pada muka surat itu menerusi laman sosial perlu dihentikan kerana kepastian sebenar belum diketahui yang mungkin hanya disebabkan kesilapan teknikal semasa proses percetakan.

Al-Quran milik surau sekolah dikatakan hilang sebanyak lapan muka surat yang mengandungi As Sya’ara dan As Syura yang disedari seorang pelajar.

Kitab suci itu sumbangan orang ramai untuk kegunaan surau yang diletakkan bersama 20 lagi al-Quran cetakan syarikat sama yang menjadi milik surau sekolah berkenaan.

Sementara satu lagi al-Quran bersaiz kecil milik pelajar, Nurulhuda Rozali, 15, disedari hilang 15 muka surat yang mengandungi surah-surah seperti al-Furqan, Nuh, al-Jinn, al-Mursalat, al-Mudatsir, sebahagian surah al-Qiamah, al-Insan, an-Naba’, al-Infitar, al-Mutaffifin dan al-Inshiqa’.

Menurut Nurulhuda, al-Quran itu memang selalu dibaca di rumah dan di sekolah tapi sebelum ini dia hanya membaca helaian depan.

“Saya belek ke belakang dan terkejut mendapati muka surat kosong, hanya nama ALLAH yang dicetak warna berbeza yang tidak hilang.
“Saya tidak fikir ia kejadian pelik, saya rasa ia mungkin silap cetak kerana saya tidak pasti sama ada saya pernah membelek helaian tersebut atau tidak sebelum ini walaupun al-Quran itu sudah lama saya simpan,’ katanya.

Katanya, al-Quran itu diserahkan kepada guru untuk disimpan selepas menyedari beberapa muka surat hilang cetakannya kelmarin
Gempar ayat al-Quran hilang

sumber : sinar harian

Kembali lah MH370 | Kapten Zaharie


MH370...
Kapten Zaharie
Saya mungkin tidak kenal tuan,
tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang terbaik
saya mungkin tidak tahu pandu pesawat
tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan terbaik
saya mungkin sedih dengan hilangnya MH370
tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih dari saya
kami sedih kehilangan MH370
tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera dari kami semua
MH370...
Selagi mereka belum temui rangka kamu
kami di seluruh dunia berharap kamu akan kembali dengan selamat.
kalau ada orang jahat larikan kamu
Kami merayu, kembalikan MH370 ke KLIA
atau terbangkan kamu ke Beijing
seluruh dunia menanti khabar kamu.
Saya harap kamu baik-baik sahaja
Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai MH370
tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu
hari ini semua orang menanti kamu
hari ni dunia risaukan kamu
hari ini semua orang sebut kamu
Muncullah MH370
ada jiwa yang menanti anaknya
ada jiwa menanti suaminya
ada jiwa menanti kakaknya abangnya adiknya
ada jiwa menanti isterinya
ada jiwa menanti ibunya
ada jiwa menanti ayahnya
ada jiwa menantikan anaknya
Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama
Kami sedih tetapi tidak akan ada yang lebih sedih dari mereka
Mereka dan kami mungkin bukan sebangsa, seagama
tetapi darah kami sama
merah pekat warnanya
Kasih sayang kami sama
Tuhan, dengan cinta dan rahmatMu
temuikan MH370 segera.
Kami sudah sedia
Kami sudah redha
Kami tahu Kau ada
Kau menentukan segalanya...
Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu diam sahaja
Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya tadahkan tanganmu berdoa
Manusia aneh-aneh jiwanya
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu tutup mata dan telinga.
Manusia aneh-aneh jiwanya
Walau siapa pun mereka, apa bangsa mereka
Kita tetapi mengalirkan darah yang sama
baik kalian diam dan bacalah cuma.
MH370 muncullah kamu segera
kami semua akan bersedia.


Juruterbang pesawat Boeing 777 MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan seorang juruterbang berpengalaman yang bukan sahaja mampu menerbangkan Boeing 777 di udara, malah pesawat itu turut 'diterbangkan' di rumahnya.
Minatnya terhadap penerbangan amat mendalam, hinggakan ketika masa lapang Zaharie sering menghabiskan masa menerbangkan koleksi pesawat kawalan jauh beliau.

Beliau juga membina sendiri set simulasi penerbangan Boeing 777 untuk terus mempertajamkan kemahiran menerbangkan pesawat Boeing 777 yang sebenar.

Dalam sebuah bilik khas, beliau menempatkan tiga skrin LCD 32 inci dan tiga skrin sesentuh 21 inci yang mewakili alat navigasi dan fungsi yang berbeza seperti di dalam pesawat Boeing 777 yang sebenar.

Memetik catatan blog Sharelor.net, Zaharie juga gemar memasak dan sering memuat naik gambar hidangan yang dimasaknya.

Beliau juga sering berkongsi pengetahuan mengenai cara-cara melakukan sendiri penjimatan elektrik di laman YouTube.

Berdasarkan rekod MAS, bekas penuntut di Penang Free School ini telah mencatatkan 18, 365 jam penerbangan sejak menyertai Malaysia Airlines pada 1981.

Namun kita pasti dengan adanya program simulasi di rumah, beliau telah menerbangkan Boeing 777 melebihi rekod rasmi yang dicatatkan.

Pray For MH370

Korg cuba tgok, MAS hilang pada tarikh 8.3 pada pukul 12.41. Cuba tgok surah yassin, ada 83 ayat kan? Cuba tgok maksud ayat 41 - 42 dlm surah yassin. Adakah semua ni satu kebetulan?        
surah yasin 41 . kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yg penuh sarat . 42 . Dan kami mencipta untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannye yang mereka dapat mengenderainya . Dan jika kami kehendaki , kami boleh tenggelamkan mereka, maka tidak ada dapat menolong mereka , Dan mereka juga tidak dapat diselamatkan          #carik dalam yasin , kun faya kun#      
 Ya allah Ya tuhanku
Sekiranya mereka di udara , kau turunkan lah mereka dan sekiranya mereka di laut kau timbulkanlah mereka. Kami mohon agar doa kami wahai umatmu dimakbulkan oleh mu Ya allah :') Dan ku mohon padamu Ya Allah, agar misi mencari dan menyelamat dipermudahkan
#Amin Yarabalalaminn       
# PrayForMH370

mc nak share jugak pasal timeline buat masa sekarang ,sama-samalah kita berdoa :')


Malaysia Airlines (MAS) flight MH370 carrying 239 people lost contact with air traffic control some two hours after leaving Kuala Lumpur. It is still missing hours after it had been scheduled to land in Beijing early Saturday morning. Based on current information, here is a timeline:
Saturday, March 8, 2014
12.40 am - Flight MH370, a Boeing 777-200 carrying 227 passengers from 14 nationalities along with 12 crew members, took off from the Malaysian capital, Kuala Lumpur.
1.22 am - The plane was meant to transfer to Vietnam's Ho Chi Minh air traffic control but never appeared.
2.41 am - Malaysian air traffic control in Subang lost contact with the plane, some two hours after it left Kuala Lumpur.
6.30 am - The flight did not land in Beijing as scheduled.
7.24 am - MAS announced it had lost contact with the flight.
11.14 am - MAS held a news conference confirming the loss of contact with its aircraft. MAS CEO Ahmad Jauhari Yahya said the last point of contact was about 120 nautical miles east of Kota Baru, in the South China Sea area in airspace bordering Vietnam.
1pm - Second MAS conference scheduled but was delayed. Malaysia, Vietnam and China are working to locate missing plane.
1.41pm - State media reported Vietnam navy said plane crashed into sea near Vietnam's Tho Chu island.
2.33pm - At press conference held in Kuala Lumpur International Airport, Malaysia's transport minister said report on MH370 crash in Vietnam was 'not true'.
3.38pm - Plane "could have" crashed into Malaysian maritime territory 153 miles off the coast of Vietnam's Tho Chu island, based on calculations provided by Malaysian rescue authorities, a Vietnam navy officer said.
8.15pm - Chinese President Xi Jinping called for emergency measures to locate the plane.
9.11pm - Vietnamese search team spots two oil slicks in the sea off southern Vietnam.
10.46pm - Reports emerge that one passenger from Italy was not on the flight, his passport had been stolen in Thailand last year.
10.50pm - Vietnamese search team spots column of smoke off Vietnamese coastline

Sunday, March 9, 2014
12.04am - Reports say a second passenger, from Austria, was also not on the flight. His passport was stolen two years ago in Thailand. Both the imposters bought their tickets from China Southern Airlines on a code share with Malaysia Airlines.
2.45am - Malaysia's Maritime Enforcement Agency intensifies search operations off the Kelantan coast, where the missing plane was last spotted, after rescuers found a small piece of canvas floating there.
10.02am - Overnight search and rescue operations for the missing plane have turned up nothing, the Malaysian authorities said.
10.42am - Singapore's navy said it has sent two warships and a naval helicopter to help in the six-country search for the plane. This is in addition to a military transport plane that was deployed on Saturday.
11.20am - Malaysian authorities are investigating the identities of at least two other passengers on the flight, in addition to two who were found to be using stolen passports, a security official said.
11.57am - FBI is sending agents to probe disappearance of plane.
1.25pm - Singapore's Ministry of Defence says two military transport planes, a naval helicopter, two warships and a submarine support and rescue vessel are currently involved in the search.

Islam Agama Ku :)


 : Diceritakan seorang wanita muslimah berpurdah sedang membeli-belah di salah satu pasaraya di Perancis.

Setelah selesai mendapatkan barang-barang yg dicarinya, dia segera pergi ke kaunter utk membayar.
Kebetulan cashier yg ditujunya adalah seorang wanita keturunan Arab yg berpakaian tdk menutup auratnya.

Cashier tersebut memandang wanita berpurdah itu dgn pandangan mengejek, kemudian dia mulai mengira nilai barang belanjaan wanita tersebut sambil melemparkannya dgn kasar ke atas meja.

Namun wanita berpurdah itu tdk terpengaruh dgn provokasi wanita cashier itu, dia tetap tenang, bahkan sangat tenang, hingga membuat wanita cashier semakin geram dan tdk dpt lagi menguasai diri, lalu berkata dengan nada memperlekehkan,
"Kita mempunyai berbagai masalah dan permasalahan di sini, Purdah kamu ini adalah salah satu masalah. Kita datang ke sini untuk mencari duit, bukan untuk pamer agama maupun sejarah. Kalau kamu mau menjalani agama atau mengenakan purdah, pergilah sana ke negerimu dan jalani agamamu sesukamu."

Wanita berpurdah itu berhenti memasukkan barang belanjaannya ke dalam troli, lalu memandang wanita cashier tersebut... Dia membuka purdahnya dan ternyata dia adalah wanita kulit putih, dgn sepasang mata biru, lalu dia berkata,
"Aku adalah wanita Perancis asli, begitu pula ayah dan nenekku. Ini adalah Islam-ku dan ini adalah negeriku. Kamu telah menjual agama kamu, sementara kami membelinya.

Subhanallah,

Allah Ta'ala berfirman, ertinya, "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, 'Rabb kami adalah Allah', kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak pula mereka berduka cita." (QS. Al-Ahqaaf: 13)

Semoga cerita sederhana ini dapat memberikan pengajaran yang berharga kepada kita agar tetap memperjuangkan dan mempertahankan agama kita..

ALLAH,tersentap hatiku dgn cerita ni..
Pertahanan kain kecil ajaib oleh si pemakainya berbeza bila ALLAH sendiri menyentuh hatinya..
Sejauh mana pertahanan niqabis2 sekalian dgn kain kecil itu?
jangan kerana kita kain itu dipersalahkan…
kerana nila setitik rosak susu sebelanga…
ingatlah kamu sedang pegang amanah dan tanggungjawab…

Sama2 merenung sambil termenung ya…
TAMPAR PIPI,TANYA IMAN…

Anak Gadis Malaysia

Salam kawan-kawan ,
jom kita sesama check betol ke tak ?
haha, jangan amik siries okayyyy,
mc pon no komennn haaa :p


haha, hokeyyyy , byep ...

Tanda-tanda ada Jin dalam Badan



tanda jin
DALAM KEADAAN JAGA
- Selalu ternampak makhluk halus ataupun lintasannya.
- Selalu berasa seperti diperhati oleh sesuatu.
- Selalu terdengar bisikan/ suara/ hela nafas
- Selalu ada pergerakan dalam badan.
- Ada penyakit yang tak ada penjelasan mengikut kajian sains.
- Selalu sakit kepala.
- Selalu sesak nafas
- Selalu cepat marah
- Berasa marah / benci kepada seseorang tetapi tak pasti atas sebab apa, hanya berasa marah sahaja akan dia.
- Ada kesan-kesan cakar/ lebam pada tubuh.
- Selalu berasa ketakutan.
KETIKA TERTIDUR
- Kerap terjaga.
- Selalu susah hendak tidur
- Bercakap/ berjalan dalam tidur
- Selalu mimpi lihat binatang-binatang buas dan berbisa.
- Selalu mimpi kanak-kanak
- Selalu mimpi bersetubuh dengan seseorang.
- Selalu mimpi lemas/ banjir
Sekiranya ada banyak daripada ciri-ciri di atas, besar kemungkinan ada jin yang mengganggu.

Rahsia Sebalik Jari Jemari


Assalamualaikum sahabat , hari ni mc cuma nak kongsi kan tentang rahsia disebalik lima jari yang Allah S.W.T telah kurniakan kepada kita . In Shaa Allah berguna.

klik-klik untuk tumbesaran Dugro. :P

Baitullah Dengan IzinNya | Madinah Al-Munawwarah

Bila sampai je di Malaysia , ramai yang tanya , macam mana keadaan kat sana , panas kan ? Bila mc jawab , tak pun ,sejuk sangat , semua terkejut .Mc cakap la , kena pakai baju tebal-tebal kot kat sana.Alhamdulillah , cuaca ketika mc di sana sangat lah baik , sejuk , tak lah terlalu panas yang membahang.cuba tengok gambar ni , sejukkan





mc tiba di Madinah lebih kurang pukul 2 pagi , which is 7 pagi kat Malaysia , so bila sampai tu , memang sejuk sangat first2 sampai , so kitorang check-in kat Hotel New Palace Al-Ansar dan berehat la dulu kan , sebab dia tak bagi keluar lagi , bimbang kalau2 sesat pulak nanti.So , kitorang solat Isya kat bilik je , berjemaah la dengan wea mc,selepas selesai solat je , tiba2 wea mc menangis teresak,terkejut betul mc dibuatnya. huhu , mungkin dia terlalu bersyukur.
 Kat Madinah banyak tempat yang kami pergi , mc akan cerita satu2 sejarahnya kalau diberi kekuatan untuk menaip.ececehhh.hehe
Makanan dekat Madinah memang tersangat lah best , boncitt dah perut ni , asyik makan je haa. Mc pon suka la duk sana , ramai sangat orang yang pegi sana. Pagi tu kitorang cuma pergi melawat kat Masjid Nabawi je , tempat terletaknya makam Rasulullah S.A.W, tempat yang sangat suci .
Terletaknya juga Perkuburan Al-Baqi'. Tempat di mana sahabat Nabi dan juga penduduk Madinah dikebumikan .
Tu je la dulu , nanti mc akan cerita lagi pasal Masjid Nabawi okay. Salam Sahabat :)