Tentang Gincu

Uhuk .Uhuk. Uhuk. Berhabuk naw dah blog ni. Haha. Sibuk punya pasal. Maklum la dah dapat title 'mek berkerjaya' dah sekarang ni.
Al-kisah Gincu dinihari
Tengah sedap aku diulik mimpi , tetiba aku tersentak sbb terdengar lagu 'I Need Ur Love' dari henset aku. Amboih , tajuk lagu siap aku kasi. Tangan aku teraba raba cari henset aku yg tak jauh dari kepala aku, mata aku pejam lagi la der,Malaih nak bangun punya pasal, dalam hati dah membebel dah sapa la kol aku pepagi ni.
Tanpa tengok skrin henset aku. Aku jawab kol tu,aku dengar suara lelaki , dah agak dah.mesti tunang aku ni. Takde orang lain dah nak kol pepagi ni , aku yang tengah mamai lagi ni dah membebel, pasaipa kejut aku awal2 pagi ni. Aku tengok jam , "haa , baru pukul 5.30pagi". Kejut aku pagi2 ni kenapa, nak ajak aku kawin lari ke. 
Tetiba dia cakap , "kenapa pakai gincu tadi. Tak cantik la. Natural bibir dah lawa." Dia dah mula membebel pasal gincu aku pakai tadi. Aku dengar je la apa dia nak cakap. Dia tambah lagi " baju pun sama, kenapa pakai baju macam tu, kan cantik kalau pakai baju kurung ke apa ke, nampak matang sikit , ni dah macam budak2 sekolah je nengok nya".
Aku senyap.Pagi2 kol aku, sebab nak bagi tahu tu je. Dia sambung lagi , " lagi sekali pakai gincu , tak nak jumpa dah. Takyah make up, bia buruk macam tu je muka tu". Perasaan aku dah bercampur baur , marah dan malu sebab dia cakap aku mcm tu. Aku ingatkan dia suka dengan penampilan baru aku , tapi hampeh . 
Aku senyap lagi. Dia taw aku dah sakit hati, dia pujuk aku balik , " tak lama lagi kita nak kawin dah , tak lawa pon pakai macam tu, bia la orang nak kata apa pon , yang penting awak cantik di mata saya. Saya kenal awak dulu, awak pakai kaca mata, bare face. Kenapa skrg kena make up semua ni. Tak payah la pakai simple2 je.Awak dah cantik di mata saya" Aku terdiam , perasaan marah , sakit hati semua hilang tetiba. Aku paham maksud dia sekarang. 
Lepas habis sesi pujuk memujuk , "Dah tak payah fikir dah , bangun solat subuh". Ok, mithali. 
Aku cuba jadi wanita .Aku akan cuba jadi bakal isteri solehah. Aku cuba untuk tak pakai gincu lagi 
Tapi...
Gincu ni aku baru je beli. Arghhh , membazir!

KAHWIN Tambah Rezeki | Gua mau kawin

gempak je tajuk entry
jyeahhh! gua mau kawin ! haha
oh mama , saya mau kawin ,
kawin dengan siapa ,
dengan siapa saja......
****gedik tahap melampau
tak habis - habis lagi ni haa topik nak kawin .
mc asyik terpikir , taktahu kenapa , rasanya sebab gedik , gelenya semua ada, haha
tapi mc rase , mc akan kawin lagi 5 tahun , :3
ayoiiii , lamanye , huhu , yela , mc belaja ada lagi 4.tahun , keje dulu , lama tuuuu
tapi mc dah plan dah nak kawin ni , haha , mengada
plan untuk masa hadapan ,
mc kan mc nak kawin kalu boleh mc nak ni jadi barang hantaran , comel kan ?
kawin di usia muda tak salah pun .
sebab Rasulullah pernah bersabda , 3 perkara yang perlu kita segerakan
1) menunaikan solat setelah azan berkumandang
2) mengebumikan jenazah
3) mengahwinkan anak perempuan jika dia telah bertemu calon
lagi pun dengan berkahwin , maksiat dapat dielakkan , pahala dapat banyak , haaaa
pilih nak PAHALA ke DOSA
mesti la nak pilih PAHALA kan , so, think about it
tapi mc belum ready , In Shaa Allah , ada jodoh tak kemana
nanti kahwin mc nak apa ? rumah yang macam ni ,dalam rumah ada kolam macam ni , bilik tido macam ni , pergi honeymoon kat sini and bila kahwin nak baju macam princess ANGAN - ANGAN MINAH JENIN , :3 amboiii , ni dah macam kahwin dengan menteri KOREA SELATAN , nak jugak KOREA tu.... haha , mengada , itu SEMUA POYOOO ! takde makna nya semua tu , kalau kahwin mc cuma nak kebahagiaan , sebab dengan kebahagiaan akan membawa kita kearah kesempurnaan hidup.Dalam hidup kita tak perlu nak mengharapkan kekayaan , kesenangan , pangkat atau darjat untuk mencapai kesempurnaan hidup. kerana tanpa kebahagiaan , tiada kesempurnaan hidup. dan tanpa Redha dan keikhlasan , tiada kebahagian . Jadi , kita perlu ikhlas dan Redha dalam melakukan segala perkara sama ada beribadat, belajar atau bekerja . Yakin dengan Allah , In Shaa Allah , Allah pasti membantu hambaNya , untuk mencapai kebahagiaan di DUNIA dan AKHIRAT .