Final Year Already !

Salam alaik guys and girls.
Lama betul dah tak post dalam blog ni. Terlampau busy katanya.
Aku dah Final Year Student, Yeay!!!

So, sekarang aku busy sikit. Busy dengan final year project, current topic presentation, and also preparation for my wedding last week.

Dah kawennn dah. Tak habis belajar lagi dah kawen dah, gatalnye lahaii pompuan ni. :P

Sebelum aku cerita pasal wedding aku, aku nak cerita pasal Final Year Project aku lah dulu ,
nah ninnn dia tajuk Final Year Project aku ; Identification of Zebrafish(Danio rerio) Laboratory Strains Using 18s rRNA Primer.

Zebrafish , first time aku dengar Zebrafish , aku blur. paaadiaa Zebrafish ni hoi.... mong~
Mehhh aku cite sikit pasal Zebrafish ni , Zebrafish ni sebenarnya ikan yang kepala dia macam Zebra. Zebra bertelur keluar anak , anak dia spesis ikan. Denggg....i is merepek.

Dalam bahasa mudahnya, Zebrafish ni  sebenarnya ikan yang sangat berguna untuk saintifik research sebab dia menyerupai manusia. Bukanlah muka atau bentuk dia menyerupai manusia , Tapi lebih kepada metabolisma dalam badan.

Dah la. Taknak explain lebih2, kan jadik blog saintifik plak. Nah gambar sekoq. Bye...

Lipstik (Pemerah Bibir)

Mengoles pemerah bibir adalah rutin harian si gadis agar tampil cantik dan menawan. Memakai pemerah bibir sememangnya memberikan kepuasan peribadi dan menjadikan lebih percaya pada diri. Bukan itu sahaja, secalit gincu bibir mampu menjadikan penampilan lebih menawan dalam majlis apa jua majlis dihadiri. Pemerah bibir dianggap sebagai sahabat baik buat si gadis. Selain bedak, pemerah pipi dan pembayang mata, gincu bibir merupakan salah satu barang yang wajib ada di dalam beg tangan. Dengan satu olesan sahaja mampu menyerikan wajah si mempelai.

Pemerah bibir satin
Sesuai digunakan untuk mereka yang cenderung memiliki bibir yang kering. Jenis gincu ini boleh melindungi bibir indah anda dari kekeringan dan pecah-pecah kerana pelembap yang terkandung di dalamnya adalah cukup tinggi. Pemerah bibir ini dapat menonjolkan diri anda dengan ketegasan warnanya.

Gincu bibir pensel
Sesuai bagi anda yang memiliki bibir yang tidak berbentuk. Gincu bibir pensel ini boleh menjadi penyelamat buat diri anda kerana ia mudah untuk membentuk lakaran bibir. Sifatnya seperti penggaris mata dan juga digunakan sebagai bingkai bibir.

Pemerah bibir ‘glossy‘
Pemerah bibir ini adalah bersifat lembap dan dilengkapi dengan ‘glitter’. Bibir anda akan kelihatan lebih seksi. Namun begitu, gincu bibir ini mudah hilang, jadi anda harus sentiasa membawanya setiap masa.

Pemerah bibir ‘matte’
pemerah bibir ini mempunyai banyak warna, dan ia berbentuk solid. Lakukan dengan mengoles pelembap bibir sebelum olesan pemerah bibir matte pada bibir. Ini kerana pemerah bibir matte mengandungi sedikit sahaja pelembap bibir berbanding gincu ‘glossy’ dan gincu ini bersifat tahan lama.

Pelembap bibir
Pelembap bibir atau ‘lips balm’ tidak mempunyai warna tetapi hanya rasa. Namun ada juga produk yang didatangkan dengan sedikit warna untuk lebih menyerikan lagi bibirmu . Pelembap bibir ini digunakan untuk melembapkan lagi bibir supaya tidak kering. Sesuai digunakan kepada si jelita yang bekerjaya.

kredit : Pesona Pengantin

Sweet sokmo!

Aku just nak cerita pasal ma dengan wea aku , diorang ni bagi aku sweet sokmo. Jeles iolsss nengoknya. Walaupun anak dah ramai , tapi aku tengok diorang macam sweet terlebih gula. Haha, makin tua makin sweet wei.  >.<

Latest gambar yang aku dapat dari watsapp group family.


Aku harap diorang sentiasa hepi.

#shortpost

Pesta Buku 2016 MAEPS Serdang

Salam Alaik semua ,
Aku just nak cerita pasal pesta buku. Pesta buku ni habis 9/5/2016.
Pesta buku ni best sangat wei, memang tak rugi pun pegi sini. Mana taknye , macam-macam company ada, banyak promosi , banyak free gift, macam-macam lagi lah.
Disebabkan aku masih ada BB1M yang berbaki RM100 , jadi aku bercadang untuk ke pesta buku dan guna baucer buku tu sampai habis.
Sambil-sambil tu aku pon dapat jumpa dengan kawan lama aku, Syira. Kawan aku dari MRSM Pengkalan Chepa, kawan aku yang ni dah lima tahun beb tak jumpa. Rindu gilos. Lagi pun , MAEPS ni tak jauh pon dari UPM, lebih kurang 5 minit dah sampai dah kat MAEPS.

Masa aku pergi, banyak buku yang dah habis kot, sebab nampak rak buku dah banyak yang kosong. Ye la , pesta buku habis hari Isnin, hari Jumaat malam tu aku baru pegi , walhal maeps bukan jauh pon. Nasib kau la wani.

Aku pun pergi kat booth Dubook sebab aku suka baca buku dari publisher ni. Macam bacaan yang rilek je, tapi bermotivasi. Bila aku masuk Dubook punya booth aku tengok ada promosi , lebih kurang macam ni la, "Beli Dubook , Dapat Kereta" , Aku rase volkwagen(maaf kan hamba , sekiranya silap). Aku pon eksaited la nak pilih buku kat situ , aku round booth tu. Hmmm, semua buku aku dah ada. Ahhh stress, tak dapat ahhh kete macam ni.Aku pon berlalu pergi dengan hampa. haha
Disebabkan aku dah taktahu nak beli apa , aku follow je kawan-kawan aku ni pergi beli buku. Diorang ni borong novel. Novel memang banyak dan murah kat situ.

Lama , aku follow diorang aku pon buat keputusan untuk beli je buku untuk adik-adik aku. Pusing - pusing dewan tu cari yang sesuai, banyak sangat la pulak. Pening aku dibuatnya. Tiba-tiba aku nampak buku masakan. Aku pon bercadang untuk beli buku tu , hmm dah nak kahwin, so kena belajar masakkan. Tapi besar gedabak beb buku masakan tu , hahhh, mana nak aku belek buku tu nanti masa memasak, elok je tengah masak, dengan buku tu sekali aku masak.

Akhirnya, dalam kemalasan untuk berfikir, aku pun guna semua baucer buku untuk membeli belah kat Ana Muslim, sebab kat situ boleh beli beg sekolah dengan baju guna baucer buku. Ana Muslim jugak pilihan hati. :)



Hepi Mother's Day Omma

Hepi Mother's Day Omma,
ceihh omma... Okay ,  i just wanna say happy mother's day to all moms on this world. Ekceli bagi aku, hari ibu ni sebenarnya hari-hari.

To my beautiful mom,

Ma, Terima kasih sebab dah besar kakngah selama 22 tahun ni. Mom , u will always be my one and only beautiful flower in my life. Ma , dah banyak bekorban untuk kakngah. In shaa Allah kakngah akan sentiasa doakan ma bahagia. Kakngah akan cuba untuk jadi anak yang terbaik walaupon kakngah anak yang malas , haha , kadang-kadang tak dengar kata, degil, kadang-kadang buat benda yang ma tak suka. Kakngah tahu, apa-apa yang ma buat adalah untuk kebaikan kakngah. Kakngah rasa sangat beruntung sebab dapat ibu macam ma yang sangat ambik berat pasal anak-anak. Selalu adil. huhu

Kakngah mitak maaf kalau kadang-kadang buat ma sakit hati atau terasa hati. Kakngah tak berniat untuk buat semua tu. Setiap kali ma marah and ma taksei kecek (tak nak bercakap) dengan kakngah , kakngah pon berdiam diri juga sebab tahu ma marah, masa tu kakngah sangat sedih dan kecewa sebab buat ma sedih. Tapi kita akan baik juga lepas tu bila kakngah lapar. Hahaha.
Kakngah tak suka tengok ma menangis sebab sedih , kakngah nak tengok ma menangis sebab gembira je. Kakngah harap kakngah dapat jaga ma sampai kakngah tua. Allah, Kau jagalah kedua ibu bapa ku untuk aku. 

Banyak sangat pengorbanan ma buat untuk ma.Kalau bukan kerana ma dengan  wea, kakngah tak dapat pun nak hidup senang sekarang ni. Ma dan wea bagi kakngah kemudahan , ma dan wea la yang bagi peluang kakngah untuk ke Mekah. In shaa Allah , ada rezeki kakngah pulak bawak ma dengan wea.  Terima kasih banyak-banyak. Kakngah akan cuba jadi anak yang ma bangga. Aamiin.


I love u ma and wea. 


from your beautiful doter (as you)






April 2016 , Gone!

April. Bulan ni cukup bermakna bagi aku. 

Tahun lepas , 10 April 2015, majlis pertunangan aku. Betul orang cakap , tak elok bertunang lama-lama. Aku dan pihak lelaki pun dah usaha untuk awalkan majlis. Tapi, apakan daya belum sampai waktunya lagi. 80% kelengkapan majlis dah pon siap. Hmmm.Tapi tarikhnya , in shaa Allah. Tak lama lagi.

1994, 15 April. 
Lahirnya seorang bayi yang bernama Wan Alif Syazwani Binti Wan Alias. 
Hepibeday wani. 
Tahun ni, aku dah pon 22 tahun. Masa gagah berdiri di bumi Allah. Alhamdulillah, Syukur dengan nikmat ini. Masa hari jadi aku , tunang aku buat surprise dengan hantor surprise planner ke rumah. Huhu , sweetkan tunang aku. Parent aku pulak bagi aku hadiah gelang dengan tunai dan kasih sayang yang tiada bandingnya. 

Terima kasih kat kedua ibu bapa aku , sebab mereka la, aku ada di bumi Allah ini. Sayang wan dengan ma. Muaahhh ciket.


Ma & wan (cenonet tu bongsuuu la tu)

En. Fiyanseee


#aprilbae

Hectic Week

Salam ebelibadeh , minggu ni aku tersangatlah sibuk. Its a hectic week.

Semester ni aku akan start praktikal pada 6/6/2016, jadi minggu study aku jadi pendek. Selalu satu semester ada 14 minggu untuk minggu belajar , 1 minggu untuk "study week" and baru la final exaam. Tapi semester ni aku hanya ada 12 minggu untuk minggu belajar , takde "study week" and minggu ke 13 aku terus ada final exam. Can u imagine it ??? Goshhh , seeteeressss taw.

This week aku ada test , ada presentation. Hmmm. Next week pon almost everyday ada exam. Bertabahlah.
Ini one of my BFF kat UPM. Muah cikett 

Ni separuh dari coursemate aku. Argh , wani , kau buat gaya poyo ni kenapa?
 Hari sabtu , Biochemistry Day Out. Biochemistry Day Out ni macam hari keluarga la untuk course aku ni. Macam-macam game yang biasanya akan disediakan oleh pelajar second year pada tahun tersebut. Tahun ni course aku buat kat Paya Indah Wetland , Dengkil. Tahun lepas kami adakan di Putrajaya Wetland.

Group Presentation untuk Environmental in Biochemistry.
Kau kenapa wani , huduh naw ropaanye.
 Hari Jumaat, group aku present pasal water pollution kat sungai Sri Serdang. Nampak tak model kitorang kat atas meja tu, gempak kan ? haha . Pengajaran dari presentation ni untuk korang kat luar sana, jaga lah sungai kita, jangan bagi tercemar. Ngeh~

Ni group presentation untuk Hormone in Biochemistry. Yang kat sebelah aku lecturer aku. Tu lecturer paling cool beb.
 Hari Jumaat pagi. Group aku present pasal Diabetes. Haa, nampak tak makanan banyak-banyak kat depan tu , tu makanan yang kita perlu berjaga-jaga. Pengajaran untuk korang ialah , kita kena jaga permakanan untuk elak dari kena diabetes. Diabetes ni memang susah nak cure, senang cita memang tak dapat nak cure lah. Haa, satu lagi , sekali korang dah kena diabetes , kemungkinan besorrrr korang akan dapat sakit jantung , buah pinggang, banyak lagi lah. Sebab tu lah bila pergi hospital, kebanyakannya dia akan tanya kita atau sedara mara ada diabetes atau tak. Hermm, muda-muda susah sikit nak nampak , tapi bila dah berusia, nampak la diabetes, and worse. So , jaga la pemakanan ye,  kurangkan sikit nasi yang selalu makan 6kali sehari tu. Banyakkan makan sayur, Pesanan ni untuk korang dan untuk aku jugak. Aku pon susah kot nak kawal pemakanan sebab aku suka minum air bergas dan fast food. :,(

Aku yang pakai tudung brown and baju maroon.

Khusyuk, fokus, and tawakal.Haha.
Hari Jumaat malam. Masa ni aku exam environmental in biochemistry. Result tak keluar lagi. Doa yang baik-baik k.
Selalulah berdoa , Semoga Wan Alif Syazwani Bt Wan Alias berjaya dengan cemerlang dan dapat capai cita-cita nya. Aamiin.

Maka , berakhirlah untuk minggu ni. There's another hectic week to face. Student's life. Biasa la, tak gitu ?

#prayforwani

Its Raining

Setelah sekian lama.Setelah bumi ini diserang El Nino. Petang ni hujan. Lebat.
Hujan , macam perasaan aku sekarang ni. Aku tahu , aku bukan seorang yang sempurna tapi aku usaha untuk jadi yang terbaik. 

Takpe la, nahh lagu yang femes sekarang 

Sudah ku tahu 

Seringkali. aku. menduga seringkali ini terjadi segala rahsia sudah ku tahu rupanya aku tak dicintai Untuk apa kau buat ku begini segala apa yang telah ku lakukan Airmataku mengalir dipipi segala yang ku korbankan tuk dirimu Mengapa masih lagi... ku berdiriku menunggu cintamu mengapa masih ada... mu menyakiti di siang malamku aku terima cintaku dipersiakan Sayang!! aku kau lupa aku kau luka tanpa kau sedar Sayang!! selamat tinggal akukan pergi buat selamanya Aku pasti kau bahagia tanpaku SELAMANYA ... Mengapa masih lagi... ku berdiriku menunggu cintamu mengapa masih ada.mu menyakiti di siang malamku aku terima cintaku dipersiakan Sayang!! aku kau lupa aku kau luka tanpa kau sedar Sayang!! selamat tinggal akukan pergi buat selamanya Aku pasti kau bahagia tanpaku SELAMANYA ... Sayang... aku kau lupa aku kau luka tanpa kau sedar Sayang... selamat tinggal akukan pergi buat selamanya Aku pasti kau bahagia tanpaku SELAMANYA ...

Hurt

00:45

Aku tulis entry malam-malam buta cenggini pasai mata aku tak nak tidur. Puas aku paksa suruh tidur, tak nak tidur jugak. Esok aku ada presentation tapi aku belum prepare apa-apa pun lagi. Habis , ko buat apa tak tidur lagi ni wani oiii.Kusut. Ye , tu lah jawapan sebab apa aku tak leh nak tido sekarang ni.

Sebab , fikiran aku kusut. Aku serabut. Kadang-kadang aku tahu bila aku kusut aku akan cari Allah , dan kadang-kadang bila aku bahagia , aku happy aku boleh lupa Allah. Astaghfirullahal 'azim. Ampun kan hamba mu yang hina ini Ya Allah. 

" Ya Allah , Kau tenangkan hati wani, beri kekuatan untuk wani hadapi hari-hari yang akan datang. Tetapkan hati wani , Sentiasa ingatkan wani tentang syurga dan nerakaMu , Ya Allah. Kuatkan hati wani untuk tempuhi segala dugaan daan ujian yang kau beri ini Ya Allah. Tunjukkan wani ke jalan Mu, jalan yang lurus , jalan oraang-orang yang beriman. " Aamiin. 


Tired just by hurting myself. -.-

Bibliobibuli - "Those who read too much"

Salam Alaik , 

Aku nak ceghita pasal BB1M yang PM kita bagi untuk students kat Malaysia ni. Termasuklah aku. Pada mulanya , aku berhajat nak jual je BB1M ni sebab aku tak tahu nak buat apa. Ye la kan, macam korang sedia maklum , semua dapat BB1M mase pertengahan semester. Aku pon , masa mula-mula dapat , macam apekeheeiii nyee ni. Sem dah start separuh jalan kot, so, aku pon buat kira-kira nak jual je. Aku pon scroll la wall pesbook aku , kot ade orang yang nak beli BB1M. Tapi.... tetiba keluar status kat page "Putra Confession", page untuk budak-budak UPM confess apa yang tersurat dan tersirat dan berselirat dalam hati tu. Aku malas nak screenshot status tu , sebab malas nak scroll balik. Banyak kot confession kat page tu. Tak tido malam aku kalau nak cari balik semata-mata nak screenshot untuk korang ni. 

Status tu lebih kurang camni la, " Jual BB1M ada unsur riba , dan untuk muslim memang xbaguihh la. Pasalnye , BR1m kita dapat RM250 , and bila korang jual , mostly korang akan dapat RM 200 jaa." So, dushh! terkena sebijik kat muka. Aku pon teruih batalkan niat aku untuk jual baucer buku aku tu. 

So , masa cuti midterm haghii tu aku pon bawak adik comel ni pegi beli buku kat KB Mall. Excited betul budak techik tu, habis semua subjek dia beli buku latihan (adik aku memang rajin macam aku) sampai buku latihan muzik pun dia nak beli. Mana la aku nak cari kedai buku yang jual buku latihan muzik tu. Feninggg dennn...  

Disebabkan banyak lagi yang lebih , so aku pun beli la buku-buku untuk aku jugak. Reward jugak untuk diri sendiri ni. Aku banyak beli buku motivasi. Aku taknak beli novel sebab sekarang malas dah nak baca buku panjang2 ni.
Sekarang ni aku tengah baca buku MatLuthfi. Tak menyesal wooo. Aku dah addicted pulak. Aku beli yang siri 2 terus tanpa baca siri 1.Sekarang aku memang akan cari siri 1 sampai dapat. 


Aku taktau la kenapa bila baca buku matluthfi ni , aku macam motivated sikit. Even aku tengah sedih , aku mampu tersenyum bila baca buku ni. 

Nota buku lali : ni bukan entry untuk review buku matluthfi ye.

Latihan Industri Di HUSM Kubang Kerian

Assalamu Alaikum ebelibadeyhh. Hari ni Iollss eksaited , teruja, gembira, bahagia . Pasaipaaa eksaited sangat haaa?
Jeng jeng jeng.......dung dang dung dang dung dang(cenggitu ke bunyi gendang)
Maka , bulan 6 ni bermulalah aku sebagai seorang intern di USM. Alhamdulillah. Thank You Allah. Ekceli , aku tak pernah pon bekerja dengan orang lain selain parent aku sendiri. Hmmm , aku harap aku boleh sesuaikan diri dengan cepat. To senior, atau pekerja di tempat ni , aku harap aku cepat adapt dengan diorang dan diorang pon dapat bagi tunjuk ajar kat aku serba sikit.  nebess baq hang....
#siseksaited #sisnebess :(
Hopefully , semua akan okay.

Semester 6 Di UPM

Assalamu Alaikum, Alaikum Yeah .Peace be upon you.  Hello ebelibadeyhh.
Peace yaww... Akhirnya, first ever entry for this year . Belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU , 2016 dah kita beb. Cepatnya masa berlalu. Aku pon dah masuk tahun 3 kat Upiyemm ni. Dah masuk Sem 6 dah pun. Oh My Gy, bulan 6 ni aku dah kena praktikal. Sem depan aku dah kena start buat FYP a.k.a Final Year Project. Taazaaabarr.....


Untuk sem ni, aku cuba berharap aku akan tetap cekal, gigih, tekun, teguh, kental, dan gagah perkasa. Doakan mc' waniye ye semua, semoga aku boleh jadi pelajar cemerlang , gemilang dan terbilang sem ni. Aminnn.
#prayforwaniye