Pesta Buku 2016 MAEPS Serdang

Salam Alaik semua ,
Aku just nak cerita pasal pesta buku. Pesta buku ni habis 9/5/2016.
Pesta buku ni best sangat wei, memang tak rugi pun pegi sini. Mana taknye , macam-macam company ada, banyak promosi , banyak free gift, macam-macam lagi lah.
Disebabkan aku masih ada BB1M yang berbaki RM100 , jadi aku bercadang untuk ke pesta buku dan guna baucer buku tu sampai habis.
Sambil-sambil tu aku pon dapat jumpa dengan kawan lama aku, Syira. Kawan aku dari MRSM Pengkalan Chepa, kawan aku yang ni dah lima tahun beb tak jumpa. Rindu gilos. Lagi pun , MAEPS ni tak jauh pon dari UPM, lebih kurang 5 minit dah sampai dah kat MAEPS.

Masa aku pergi, banyak buku yang dah habis kot, sebab nampak rak buku dah banyak yang kosong. Ye la , pesta buku habis hari Isnin, hari Jumaat malam tu aku baru pegi , walhal maeps bukan jauh pon. Nasib kau la wani.

Aku pun pergi kat booth Dubook sebab aku suka baca buku dari publisher ni. Macam bacaan yang rilek je, tapi bermotivasi. Bila aku masuk Dubook punya booth aku tengok ada promosi , lebih kurang macam ni la, "Beli Dubook , Dapat Kereta" , Aku rase volkwagen(maaf kan hamba , sekiranya silap). Aku pon eksaited la nak pilih buku kat situ , aku round booth tu. Hmmm, semua buku aku dah ada. Ahhh stress, tak dapat ahhh kete macam ni.Aku pon berlalu pergi dengan hampa. haha
Disebabkan aku dah taktahu nak beli apa , aku follow je kawan-kawan aku ni pergi beli buku. Diorang ni borong novel. Novel memang banyak dan murah kat situ.

Lama , aku follow diorang aku pon buat keputusan untuk beli je buku untuk adik-adik aku. Pusing - pusing dewan tu cari yang sesuai, banyak sangat la pulak. Pening aku dibuatnya. Tiba-tiba aku nampak buku masakan. Aku pon bercadang untuk beli buku tu , hmm dah nak kahwin, so kena belajar masakkan. Tapi besar gedabak beb buku masakan tu , hahhh, mana nak aku belek buku tu nanti masa memasak, elok je tengah masak, dengan buku tu sekali aku masak.

Akhirnya, dalam kemalasan untuk berfikir, aku pun guna semua baucer buku untuk membeli belah kat Ana Muslim, sebab kat situ boleh beli beg sekolah dengan baju guna baucer buku. Ana Muslim jugak pilihan hati. :)



No comments:

Post a Comment